Blog ini bukan laman web rasmi KRU Academy. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk membantu bakal pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di KRU Academy. Bagi sesiapa yang berminat dalam bidang CREATIVE INDUSTRY boleh mengisi borang yang disediakan di bahagian atas dan bawah blog ini, atau klik link ini Borang Pendaftaran

Syarat Kelayakan dan Kriteria


PROGRAM DIPLOMA 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 - 28 tahun
  • Kreatif (mesti lulus temuduga di KRU Academy)
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik
  • Kelayakan akademik yang baik (tidak semestinya penting)
  • Tidak buta warna
Untuk program JPK, borang permohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 30 hari sebelum tarikh pendaftaran. Untuk maklumat lanjut mengenai JPK dan programnya, sila layari www.dsd.gov.my Semua pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga dengan Panel Penilaian Pelajar KRU Academy. Pemohon yang berjaya akan diberi Surat Tawaran oleh Naib Presiden Akademik & Hal Ehwal Pelajar sebelum tarikh pendaftaran program.


PROGRAMS DIPLOMA VOKASIONAL

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur sekurang-kurangnya 15 tahun pada tarikh permohonan
  • Berjaya menamatkan Tingkatan 3 di mana-mana sekolah bantuan penuh kerajaan
  • Mendapat kebenaran Ibubapa atau penjaga
  • Kreatif (mesti lulus ujian melukis di KRU Academy)
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik
  • Kelayakan akademik yang baik (tidak semestinya penting)
  • Tidak buta warna
Untuk program KPM, permohonan hendaklah dibuat melalui laman web rasmi KPM sebelum tarikh akhir yang diberikan oleh KPM. Untuk maklumat lanjut mengenai KPM dan programnya, sila layari www.moe.gov.my
Semua pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga dengan Panel Penilaian Pelajar  KRU Academy. Pemohon yang berjaya akan diberi Surat Tawaran oleh Naib Presiden Akademik & Hal Ehwal Pelajar sebelum tarikh pendaftaran program.

0 comments:

Post a Comment

Borang Online

Borang Pra Pendaftaran KRU Academy







Email forms generated by 123ContactForm